UDANG MASAK LEMAK CILI PADI SEDAP
hi...sepanjang bulan puasa ni mesti kita akan makan pelbagai menu samada untuk berbuka puasa atau bersahur...selalunya sahur ni kita makan yang ringkas2 ja....untuk saya plak..sepanjang bulan puasa sehingga hari ini saya lebih selera ke arah makanan yang pedas...baru ada ummphhh!!!!...hari ini saya masak udang masak lemak cili padi, ayam goreng, ikan masin...simple ja janji pewot kenyang....jom arini saya nak kongsikan resepi yang saya guna...ini saya amik dari blog AnnurKet
Bahan-bahan
1. 3ulas bawang merah -kisar
2. 3 ulas bawang putih - kisar
3. 1/2 inci hali - kisar
4. 15 biji cili padi - kisar
5. 2 inci kunyit hidup (kalau x de guna serbuk kunyit shj)
6. santan pekat
7. udang ikut kuantiti yang mahu
8. 2 batang serai
Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan kunyit hidup.
2. Masukkan dalam periuk dan gaul dengan santan. Kalau pekat tambah sedikit air. Kacau sebati.
3. Kacau sampai masak. Masak lemak kacau selalu kalau tidak nanti naik minyak dan tak jadi masak lemak nanti.
4. Bila dah nak masak masukkan udang dan serai. Kacau sehingga udang masak dan tambah gula dan garam.
macam mana ble ternampak udang ni..hmm haha boleh la rancang nak makan benda ni utk berbuka nanti..hihi
ReplyDeletesedap tau...tambah2 kalo mkn dgn nasi panas2...
Deletenice blog.. done follow. follow me back ;)
ReplyDeletedone follow ur blog....cantik blog....
Delete